Sunday, 9 June 2013

Kepentingan hutan kepada manusia

     Dalam meniti arus kemodenan ini, kawasan hutan telah menjadi mangsa kerakusan manusia yang mengejar kekayaan. Hakikatnya, hutan merupakan kawasan alam semula jadi dan khazanah yang tidak ternilai harganya. Hutan telah meliputi keluasan muka bumi sebanyak lima puluh peratus.

     Hutan memberikan pelbagai kepentingan kepada manusia sejak kelahiran manusia terawal dalam alam semesta. Antaranya ialah hutan membekalkan sumber bahan mentah kepada manusia untuk pembangunan perindustrian dan perumahan. Sebagai contoh, hutan telah membekalkan manusia dengan kayu kayan seperti kayu jati, cengal, meranti dan sebagainya untuk penghasilan bahan-bahan industri khususnya perabot. Ini secara tidak langsung, menyediakan banyak peluang pekerjaan untuk rakyat dalam industri perabot di samping menjana ekonomi negara.
   
     Selain itu, hutan perlu dikekalkan untuk memberi keseimbangan ekosistem alam. Hal ini demikian disebabkan oleh hutan yang berperanan mengurangkan kepanasan bumi dan pelindung  sinaran ultraungu daripada terkena pada kulit manusia dan haiwan. Sinaran ini merupakan salah satu punca penyakit kanser kulit menular. Kesannya, hutan berpaya mengurangkan bencana alam seperti kemarau, hakisan tanah, banjir dan sebagainya yang akan menyebabkan kehilangan harta benda dan nyawa manusia secara besar jumlahnya. Mengikut peribahasa Melayu, ' sedikan payung sebelum hujan', sebelum segala-galanya sudah terlambat.

     Hutan ialah kawasan tadahan hujan secara semula jadi. Dengan ini, hutan telah mnjadi bekalan air haiwan-haiwan yang berhabitat di sekitar. Tumbuh-tumbuhan yang tumbuh di hutan dapat mengelakkan berlakunya tanah runtuh kerana akar mereka dapat menahan hakisan muka bumi di hutan dengan cengkaman tumbuhan punya akar. Akarnya akan menyerap air yang mengalir seperti air hujan. Hutan telah membeikan manusia perkhidmatan dalam menangani masalah-masalah seperti masalah sumber untuk penerokaan industri baharu dan masalah alam semula jadi.

     Di samping itu, hutan merupakan habitat bagi flora dan fauna seperti harimau, singa, ular, burung kakak tua, pokok kelapa sawit, bunga rafflesia, bunga ros, pokok ru, pokok gaharu dan sebagainya. Hal ini dapat mengelakkan kepupusan spesis serangga, flora dan fauna yang berharga. Sekiranya hali ini telah berlaku, generasi yang akan datang tidak berpeluang untuk menikmati keindahan antara benda abiotik dan biotik yang terbentuk secara semulajadi. Mereka cuma dapat merasainya melalui peninggalan gambar ataupun catatan yang ditinggal oleh generasi lepas. Adakah ini merupakan gambaran yang kita nanti-nantikan?

     Tambahan pula, hutan ialah tempat bagi perindustrian ekopelancongan untuk maju. Kerajaan harus mengorak langkah pertama untuk mewartakan hutan simpan dam taman negara sebagai usaha memulihara hutan. Inisiatif ini akan menarik perhatian rakyat dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan untuk memberikan kerjasama yang erat untuk  memelihara hutan di dalam negara. Hutan merupakan harta benda semua hidupan yang percuma dan manusia dapat menikmati keaslian mereka yang tidak tercemar dan pengekalan yang sempurna. Seterusnya, melahirkan rakyat yang mencintai alam sekitar dan mempunyai kesedaran tentanga tanggungjawab diri untuk menyumbang tenaga dalam penyelesaian masalah alam dan hutan.

     Sebagai intiha, semua pihak harus memainkan peranan masing-masing dalam pemeliharaan dan pemuliharaan hutan negara dengan semangat bagai aur dengan tebing, Semangat ini harus dicontohi oleh semua pihak dalam mewujudkan keharmonian antara manusia dengan alam semula jadi.

Thursday, 6 June 2013

‘Penyalahgunaan Internet Dalam Kalangan Remaja’.

Anda telah diminta menyampaikan syarahan dalam perhimpunan sekolah sempena Minggu IT. Tajuk syarahan anda ialah ‘Penyalahgunaan Internet Dalam Kalangan Remaja’. Sediakan teks syarahan tersebut selengkapnya.
          Pada  pagi ini yang indah lagi ceria, saya sebagai pengerusi Persatuan Internet SMK Bukit Baru berasa amat berbahagia kerana dijemput oleh pihak sekolah untuk memberikan kata sepatah di atas pentas ini. Sempena tema Minggu IT dalam tempoh masa sebulan ini, saya akan menyampaikan syarahan saya yang bertajuk ‘Penyalahgunaan Internet Dalam Kalangan Remaja’, diharapkan syarahan saya ini dapat menjadi pedoman pelajar kalian  untuk mengawal masa menggunakan Internet.

Hadirin sekalian,
            Kami sedia dimaklum bahawa remaja merupakan generasi muda yang akan mendepani realiti baharu dunia yang pantas berubah dan berkembang. Eksposisi remaja dalam  alam  rangkaian  Internet yang komplikasi harus dikawal oleh ibu bapa kerana remaja yang kurang matang dari segi pemikiran akan mudah menyalahgunakannya. Remaja yang tidak begitu berketerampilan, bersahsiah mulia dan berilmu akan dilahirkan. Remaja kini harus dipantau sepanjang masa melayari Internet, hal ini kerana remaja suka menggunakan kemudahan Internet untuk bermain permainan online bukannya mencari maklumat dalam pembelajaran. Tindakan drastik ahli keluaraga harus dilaksana dengan segera.

            Di samping itu, remaja akan melayari laman web lucah ataupun  tidak sihat  semasa usia perkembangan minda dan fizikal masih tidak begitu matang. Hubungan kekeluargaan antara remaja dengan ibu bapa akan dijurangkan. Ibu bapa haruslah menetapkan jadual seharian untuk anak-anak dan menyuruh mereka mematuhiya. Pantauan dan didikan pendidikan seks daripada ibu bapa atau penjaga amat penting untuk  mengelakkan gejala sosial berleluasa dalam masyarakat kita. Mengikut peribahasa Melayu, ‘Bapa borek anak rintik’, oleh itu,  ahli keluarga yang lebih berusia harus menjadi teladan baik untuk anak-anak.

            Sementelahan itu, laman web media sosial marcapada ini telah disalahguna oleh sesetengah remaja untuk  melakukan aktiviti pergaulan bebas. Remaja akan menumpukan kurang perhatian dalam  pelajaran. Pihak sekolah harus mengajar mereka hala tuju yang betul untuk masa depan. Remaja mudah terjebak dalam kegiatan menghisap dadah dan gam, merokok serta mengambil pil khayal akibat terhasut oleh rakan web yang jahat, bagai bersahabat dengan ular bisa.

            Selain itu, sesetengah remaja akan melayari Internet untuk menonton rancangan bersiri atau membaca novel cinta. Tindakan ini akan merosotkan penglihatan remaja dan kesihatan mereka kerana mereka suka duduk di depan skrin kaca komputer selama beberapa jam tanpa berehat seketika. Peratus menghidapi penyakit akan meningkat secara tidak langsung. Hal ini akan mengganggu pemikiran minda generasi muda kelak.


            Sebagai intiha, semua pihak harus menggembleng tenaga dalam mencapai kemampuan mengadun satu kombinasi usaha yang cukup padu untuk menangani kemelut ini. Mengikut peribahasa Melayu, ‘pemuda tiang negara, pemudi harapan bangsa’, kami sebagai  sebahagian lapisan masyarakat  harus  memastikan penggunaan teknologi ini dalam landasan yang betul.

Sekian ,terima kasih.