Indah sungguh terbang camar,
terbang berkawan di hujung dunia,
sungai indah kini tercemar,
akibat rakus sikap manusia.
Begitu gramatisnya pantun di atas
yang mencerminkan sikap rakus manusia yang beraja
di mata dan bersultan di hati. Mereka
sanggup menodai keindahan sungai semata-mata untuk memenuhi kantung peribadi
mereka. Sesungguhnya keindahan sungai wajar dipertahankan untuk generasi yang
akan datang. Pelbagai pihak terutama kerajaan menggalas tanggungjawab untuk
memastikan keindahan sungai dapat dijadikan sebagai aset ekonomi negara.
Pepatah menyatakan, sesal
dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Kajian-kajian Jabatan Alam
Sekitar membuktikan pada tahun 1999 terdapat tiga belas batang sungai yang
tercemar pada tahap kronik termasuk Sungai Jelutong di Pulau Pinang.
Peribahasa
menyatakan, hanya jauhari yang
mengenal manikam. Kajian menunjukkan, terdapat pelbagai faktor yang
menyebebkan pencemaran sungai. Antaranya ialah akibat sikap manusia yang tidak
bertanggungjawab. Mereka sanggup membuang sampah ke dalam sungai tanap
sedikitpun rasa bersalah. Perkembangan petempatan setinggan seperti cendawan
tumbuh selepas hujan terutama di pinggir bandar menyebabkan aliran sungai
terus tersekat. Mereka kebanyakannya membuang sampah dan air kumbahan ke dalam
sungai. Sikap individualistik ini telah menyebabkan kualiti air sungai terus
merosot dan tidak sesuai dijadikan sebagai sumber minuman masyarakat. Proses
urbanisasi yang berkembang pesat juga menyebabkan sungai tercemar. Sikap pemaju
perumahan yang tidak beretika telah bertindak membuang bahan binaan ke dalam
sungai umpama akibat nila setitik,
rosak susu sebelanga. Ahli masyarakat telah menjadi mangsa secara
senyap-senyap tanpa diperasan sehingga pelbagai isu penyakit seperti malaria
timbul untuk menghantui mereka selama bergenerasi.
Selain itu,
menurut pujangga Melayu, tepuk dada tanya
selera. Di sebalik arus modenisasi, berapakan batang sungai telah menjadi
kambing korban kerakusan insan yang menggelar dirinya sebagai insan terkamil
dalam alam semesta ini? Manusia, fauna dan sungai mempunyai hubungan yang rapat
bagaikan lagu dengan irama dan aur
dengan tebing. Tanpalah fauna dan
sungai, bagaimanakah manusia akan dapat berdiri megah lagi di puncak
kegemilangan dengan kurangnya sumber makanan dan minuman yang menjadi asas
keperluan hidup? Demi keuntungan sementara yang merabuni mata, kilang- kilang
yang didirikan berhampiran sungai mudah menjadikan sungai sebagai mangsa
kemajuan ekonomi, pelbagai sisa toksik dan sisa buangan telah mencerobohi
kawasan dalam sungai dan seterusnya mencemar empangan sebagaimans yang telah
berlaku dalam sejarah negeri Melaka, bekalan air yang terputus telah mengganggu
kehidupan seharian penduduk Melaka.
Polemik
antara pihak badan-badan bukan kerajaan yang prihatin dalam persoalan alam
sekitar dengan pihak pemaju perumahan masih berada dalam ketegangan meskipun
ribuan surat protes dan alasan untuk memesatkan keadaan ekonomi negara telah
diberikan. Sesetengah pihak berkuasa telah menutup sebelah mata dalam menangai
kasus pencemaran sungai yang dipercayai berpunca daripada aktiviti pembalakan
haram dan tidak terkawal ini. Pengawasan di pendalaman sungai dan cerun bukit
amatlah longgar dan duit yang merupakan serampang dua mata telah diperalatkan oleh
manusia untuk mendapatkan permit membalak yang tidak sah. Permukaan bumi pula
akan terangkut ke dalam sungai dan seterusnya menjadi tohor. Kuala Lumpur
pernah dilanda peristiwa hitam sebegini dan ribuan nyawa rakyat ibu kota
Malaysia telah terkorban. Kejadian itu telah mereflekkan hati nurani sesetengah
manusia yang telah dibaham unsur-unsur kewangan dan tergamak membelakangi
tatasusila demi kepentingan poket masing-masing seperti enau dalam belukar,
melepaskan pucuk masing-masing.
Dalam
usaha menjauhi diri daripada keadaan bagai kais pagi makan pagi, kais petang
makan petang , sesetengah petani telah memilih untuk menggunakan racun
serangga, baja kimia dan racun rumpai seperti DDT untuk menjimatkan kos.
Sisa-sisa racun tersebut akan meresap ke dalam bahagian tanah dan mengalir ke
dalam sungai seterusnya memusnahkan hidupan akuatik dan menjejaskan ekosistem
sungai. Secara tidak langsung, penduduk sekitar yang mudah memperoleh air
sungai tersebut mudah dilanda penyakit yang memudaratkan kesihatan anggota
badan. Najis haiwan domestik dan liar akan menjadi wahana pembiakan penyakit
yang mengurangkan jangka hayat penduduk. ‘Yang baik dijadikan teladan, yang
buruk dijadikan sempadan’, kita seharusnya menjadikan sejarah gelap Eropah
semasa Zaman Gelap iaitu kerebakan penyakit malaria yang serius telah meragut
hampir dua pertiga penduduk setempat, sebagai cerminan agar kita menyokong
usaha melestarikan keindahan sungai dan bukan sebaliknya. Kerajaan sepatutnya
memberikan bantuan ehsan kepada petani yang terdesak agar mereka dapat
melakukan resolusi yang terbaik untuk alam sekeliling dan untuk kesihatan warga
setempat.
Sebagai
konklusi, isu pencemaran sungai yang sentiasa diuar-uarkan di dada-dada akhbar
wajar ditangani sehingga ke akar umbinya. ‘Kalau tiada angin, masakan pohon
bergoyang’, pelbagai punca pencemaran yang diutarakan di atas wajar
dianalisiskan agar modus operandi yang pragmatik dapat dilaksanakan oleh pihak
yang berkuasa dan bertanggungjawab. Hal ini amat penting kerana masa depan
generasi yang akan datang terletak pada tangan kita. Isu ini yang menjadi tanda
aras tentang keberkesanan pihak berkenaan dan tahap keutuhan rakyat bekerjasama
memelihara wajah rupa asli sungai akan dinampakkan sebagai inisiatif yang
selaras dengan aspirasi negara untuk merealisasikan Wawasan 2020 iaitu
menjadikan negara Malaysia negara maju yang beracuan sendiri. Confucius
mengatakan, ‘ kalau tidak ditimbang-timbang, dokrin baharu yang unik boleh
mengundang petaka.’ Oleh itu, usaha
yang berterusan wajar diaplikasikan agar pencemaran sungai dapat dielakkan dan
minda sivik rakyatlah yang menjadi pivot utama. Pendapat yang sesuai untuk
menasihati para ahli masyarakat memandang serius masalah ini ialah, “jangan
jemu separuh jalan. Seutas
kawat mampu memotong sekeping papan dan titis-titis air mampu melekukkan
seketul batu.” Hargailah
sungai kita dan sentiasalah menjaga kebersihannya demi warga yang kita sayang. Genggam
bara api biarlah sampai menjadi arang. Kalau tidak dapat tegak,
berengsot-engsot pun sampai juga. Tiada usaha yang tidak akan mengetuai
kita ke arah kejayaan, ingatlah kita bahawa kita tidak akan
dihampakan. “Cintailah Sungai Kita Kerana Sungai Milik Bersama”.